Wednesday, 13 May 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day, salam 21 ramadan.

Successful people are not without failure. They are the ones who did not allow failure to stop them from their goals because of their hunger for success.

Perhaps we can look into Jack Ma's life story. He grew up in a poor family, failed his college entrance exam twice, and was rejected from dozens of jobs, including one at KFC, before finding success with Alibaba.

In an interview, he was asked about the secret of Alibaba's success, and he replied, "We keep fighting. We keep changing ourselves. We don’t complain.”

The lesson from his story is never give up, be persistent, always be hungry for success, and success will eventually come to you.

Sebutan Betul "Career"


Bagaimanakah sebutan "Career" yang betul? Ini sedikit tips dari Encik Azmi.

Tuesday, 12 May 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 19 ramadan.

Ayat minggu ini ialah "Whether" vs "Weather". Sebutan nya sama tetapi maksudnya berbeza.

Whether bermaksud Sama Ada. Contoh ayat ialah "I am not sure WHETHER the shop is still open or not. (Saya tidak pasti SAMA ADA kedai itu masih buka atau tidak.)"

Weather pula bermaksud Cuaca. Contoh ayat ialah "Nice WEATHER today. (CUACA hari ini sungguh baik.)"

English With Azmi akan bersiar pada esok hari (13/5/2020) pada pukul 11 pagi. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma.

Friday, 8 May 2020

Mutiara Kata Encik Azmi


Assalamualaikum and good day. Salam 15 ramadan.

Ever wonder why some people are more successful in achieving goals than others? What do successful people have that you and I do not?

The answer is their determination in realizing their goals. Successful people do not search for an excuse, they just find a way and execute actions that will lead to their goals.

The moment you start making excuses such as "I don't have time to exercise or I am not smart enough get straight A's", you will fail to reach your goals.

Your determination is the key to success, nothing else matters.

Wednesday, 6 May 2020

Selamat Menyambut Hari Wesak


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kami warga Triple A Training ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia.

Monday, 4 May 2020

English With Azmi


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 12 ramadan.

Ayat minggu ini ialah "Poor" vs "Pour". Sebutan nya sama tetapi maksudnya berbeza.

Poor bermaksud Miskin. Contoh ayat ialah "Ali was born into a POOR family. (Ali telah dilahirkan dalam sebuah keluarga yang MISKIN.)"

Pour pula bermaksud Tuang. Contoh ayat ialah "I POUR water from the container every day. (Saya MENUANG air daripada bekas itu setiap hari.)"

English With Azmi akan bersiar pada esok hari (6/5/2020) pada pukul 11 pagi. Anda boleh follow page English With Azmi di Facebook untuk menerima notifikasi LIVE kami. Jangan lupa join untuk belajar Bahasa Inggeris secara percuma.

Motivasi Isnin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tanpa kita sedar, ramai orang di sekeliling kita yang terputus sumber pendapatan kerana Perintah Kawalan Pegerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

Ada yang sudah diberhentikan kerja, ada yang gajinya dipotong setengah gaji, dan baru-baru ini saya lihat posting di Facebook, ketua keluarga berpusu-pusu pergi ke kedai pajak gadai untuk menggadaikan harta mereka untuk kelangsungan hidup.

Kepada golongan berkenaan, saya ingin mengambil potongan ayat Al-Quran, surah Al Insyirah, ayat 5. "Maka sesungguhnya bersama kesukaran itu ada kemudahan".

Saya berdoa semoga Allah SWT memberikan perlindungan dan meluaskan rezeki semua rakyat Malaysia, Insya Allah. Salam 11 ramadan.